Monday 4 March 2013

RANCANGAN PENGURUSAN & PELAKSANAAN HAL EHWAL PELAJAR SJK ( C ) HAN CHIANG TAHUN 2013



RANCANGAN PENGURUSAN & PELAKSANAAN
HAL EHWAL PELAJAR SJK ( C ) HAN CHIANG TAHUN 2013

1.      Objektif

    • Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat , selamat dan menyeronokkan.
    • Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijagai.
    • Memberi  tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
    • Memupuk sifat berdisiplin , bertanggungjawab dan amalan nilai murni di kalangan pelajar.
    • Menimbulkan sikap suka memberi sumbangan dan khidmat kepada sekolah, masyarakat dan negara secara sukarela.
    • Memantapkan semangat perpaduan, kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar.
    • Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,keluarga dan masyarakat. 
    • Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
    • Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid berpendapatan rendah.
    • Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa yang kurang  mampu.
  

2.      Strategi pelaksanaan dan langkah-langkah

Ø  Mewujudkan keterlibatan semua pihak dalam usaha membenteras masalah disiplin.
Ø  Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat untuk semua.
Ø  Menjejak ,mengesan dan melaporkan jenayah yang berlaku.
Ø  Memberi fokus kepada salahlaku murid dengan tujuan memberi pembetulan secara serta-merta.
Ø  Murid-murid diberi kesedaran supaya menjaga kebersihan tempat tinggal , sekolah dan tempat-tempat awam melalui kempen gotong royong.
Ø  Melaksanakan program yang bercorak persembahan dan pertandingan bagi memupuk minat serta kesanggupan murid supaya mempunyai semangat patriotik dan jati diri.
Ø  Menaikkan bendera ,menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Ø  Aturkan sesi ceramah siviks / undang-undang.
Ø  Mengadakan pelan dan latihan Kawad Kecemasan dan Kebakaran.
Ø  Mengadakan pemeriksaan kebersihan sepanjang masa.
Ø  Penyebaran  maklumat pemakanan melalui risalah, poster, tayangan video
Ø  Memberi bimbingan & kaunseling.
Ø  Temubual dengan ibu bapa , murid yang bermasalah.
                                                                                                                                               
3.         Sumber Tenaga

3.1              Semua guru, ibu bapa. Murid-murid  & staf  sekolah.

3.2              Jawatankuasa Hal Ehwal Murid
Pengerusi         :Puan Tan Hwa Hwa (Guru Besar)
N. Pengerusi:    Pn Ooi Pin Pin ( PK HEM)

Setiausaha       :Pn. Tan Sock Kim  ( Guru Bimbingan)

      Ahli-Ahli         :Cik Khor Guat Ean  ( PK Pentadbiran )
                               Cik Lim Guik Eng  (PK Kokurikulum)
                               Cik Chia Ai Lay     ( PKPetang )
                               Pn. Luah Lean See ( Guru Disiplin)
                               Pn. Tan Bee Choo (Guru Kanan SPBT )
                               Pn. Yeo Shok Thin  ( Guru  3K )
                               Pn. Cheng Lay Ting ( Guru Kantin)
 Pn. Yong Fui Chean   ( Kelab Kebajikan)
                               Pn. Tan Sock Kim ( Guru Bimbingan & Kaunseling)
                               Cik Khoo Shieh Nee(Guru Pendidikan Pencegahan Dadah)

4.       Sumber Kewangan

4.1       Subsidi daripada PIBG  dan

o   Sumbangan daripada Lembaga Pengurus Sekolah & Persatuan Bekas Pelajar(Alumni) Han Chiang.
o   Peruntukan kerajaan untuk Belanjawan Skim Pinjaman Buku Teks, Bantuan Khas Persekolahan Awal , Program Susu Sekolah & Kumpulan Wang Amanah Pelajar-Pelajar Miskin.
o   Tajaan dari Syarikat Persendirian ,Institusi Kewangan dan orang perseorangan.
o   Bantuan daripada Pertubuhan Sukarela, kilang-kilang serta dermawan.
o   Bantuan peruntukan dari  Ahli Dewan Undangan / Parlimen, PPD,JPN
dan KPM


Perjumpaan  AJK  Bahagian Unit  Hal Ehwal Pelajar 2013
Tarikh :            28-12-2012 (Jumaat)
Masa    :           9:30pagi 
Tempat:           Bilik Mesyuarat
Pengerusi:        Pn. Tan Hwa Hwa (Guru Besar)
Setiausaha:      Pn. Tan Sock Kim ( Guru Bimbingan)
Yang hadir:     1. Cik Khor Guat Ean ( PK Pentadbiran)
                        2. Cik Lim Guik Eng ( PK Kokurikulum)
                        3. Cik Chia Ai Lay ( PK Petang)
4. Pn. Luah Lean See (Guru Disiplin)
                        5. Puan Tan Bee Choo (Guru SPBT)
                        6. Puan Cheng Lay Ting (Guru Kantin )   
7. Pn.Yeo Shok Thin   ( Guru  3K )
                  8. Pn.Tan Sock Kim  ( Guru Bimbingan & Kaunseling)
                  9. En. Tan Seong Hoot (Guru Pendidikan Pencegahan Dadah)
                10  Pn Yong Fui Chean  ( Guru Kebajikan)
Agenda
Minit Mesyuarat
Tindakan

1.
1.1  Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para hadirin
1.2  Pengerusi mengemukakan guru-guru yang mengetuai AJK Bahagian Hal Ehwal Pelajar
1.3  Selamat kembali sekolah (PK HEM Pn Ooi Pin Pin )

2.
2.1 Panduan guru dan senarai semak tugas diedarkan
      kepada:
                   a.Guru Disiplin                 b. Guru 3K
                   c.Guru Kantin                   d. Guru SPBT                            
                   e. Guru B & K                   f.Guru PPDa                    
                   g.Guru Kebajikan              
Guru Berkaitan 
3.
3.1 Ketua bahagian diminta merancang program dan 
      aktiviti tahunan.
Ketua-Ketua bahagian
4.
Perkara-perkara berbangkit
4.1 Lembaga pengawas
      Pemilihan pengawas baru dan agihan tugas. Senarai  
      nama pengawas baru dihantar kepada PK HEM
4.2 Rancangan Makanan Tambahan & Program Susu
      Sekolah
      Memilih calon untuk menyertai RMT/PSS berdasarkan
      maklumat SMM.
4.3 Kecemasan/ Kebakaran/Keselamatan Lalulintas
      Memastikan  latihan kecemasan kebakaran dijalankan
      4 kali setahun
      Guru bertugas membantu dalam hal keselamatan  
      jalanraya sebelum / selepas sekolah dan semasa di  
      sekolah.
4.4 Kebersihan
      Guru bertugas setiap hari membuat pemeriksaan  
      kebersihan kawasan sekolah
      Mengadakan kumpulan “Action Group” untuk 
       menjalankan Program Anti Denggi.
4.5 Skim Pinjaman Buku Teks
      Melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan
      pelaksanaan SPBT mengikut kehendak dan arahan
      Biro SPBT.


Pn. Luah Lean See


Pn.Cheng Lay Ting




Pn.Yeo Shok Thin   
Guru Berkaitan







Pn. Tan Bee Choo


Hal-hal lain
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas  kerjasama  dari semua ketua.
Perjumpaan ditangguhkan jam  10:00 pagi.


       

Rancangan Tahunan  Unit  Disiplin

1
Taklimat Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah.
Melantik pengawas, melahirkan perasaan tanggungjawab seseorang pengawas dan ketua darjah.
Memberi taklimat tentang tugas-tugas dan memberitahu tempat setiap pengawas bertugas


2.
Mengadakan ‘spot check’ terhadap rambut dan kuku jari tangan.

3.
Guru disiplin mengadakan perjumpaan dengan pengawas-pengawas sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi.

4.
Pemeriksaan kelengkapan pakaian murid-murid.

5.
Menghulurkan tangan dalam  menjayakan  Temasya Sukan Sekolah, Hari Kanak-kanak , Upacara Tamat Pengajian Sekolah.

 

Rancangan Tahunan  Program  Kebersihan  & Keselamatan Sekolah


1.1 Bebas Denggi Di Sekolah
  • Menjalankan pemeriksaan kawasan sekolah secara berkala.
  • Pelajar diajar pengetahuan asas
dan cara pencegahan.
      ·     Kempen bergotong-royong.

1.2 Pertolongan Cemas
  • Menyenaraikan kandungan peti pertolongan cemas Memahami konsep pertolongan cemas.
  • Peti pertolongan cemas yang lengkap disediakan di Bilik Guru, Bilik Sains & Bilik Kemahiran Hidup.

1.3 Keselamatan Sekolah
  • Menyediakan peraturan-peraturan keselamatan bagi keselamatan diri , keselamatan hak benda dalamkawasan sekolah,
  • Pelan Kawad Kebakaran Latihan fire drill.disediakan.
  • Memastikan alat pemadam api diselenggara dengan baik.
  • Menyediakan prosedur yang jelas kepada pelawat.
  • Memastikan warden trafik mengawal keselamatan murid di jalanraya.

 1.4 Rawatan Pergigian
      ·     Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk rawatan
             pergigian murid oleh sekolah.
      ·     Mengadakan ceramah & demonstrasi.

1.5 Kebajikan Pelajar
      ·    Memberi khidmat nasihat & sokongan kewangan  
            seperti biasiswa, makanan percuma, pakaian
            seragam percuma.



PROGRAM DAN AKTIVITI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
/PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.

BIL
PROGRAM / AKTIVITI
OBJEKTIF

      1.
Hari Orientasi Murid-Murid Tahun 1/2013 (29/12/2012)
Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah baru.
2.
Perkhidmatan Kaunseling
Membantu pelajar menyelesaikan masalah.

3.
Mengenal Diri
Memahami dan menerima perkembangan diri.

4.
Ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan.
Mendedahkan dan menyediakan pelajar tentang teknik-teknik menjawab soalan.

5.
Ceramah  Bahaya Penyalahgunaan
Najis Dadah.
Mendedahkan bahayanya dadah dan mencegah pembabitan pelajar dengan najis dadah

6.
Mesyuarat Pemimpin Rakan Sebaya (PRS)
Memberi pendedahan tentang peranan dan tugas PRS.

7.
Ceramah tentang “Bersopan Santun”
Mendedahkan pelajar tentang pentingnya bersopan santun.

8.
Ceramah tentang “Bertanggungjawab”
Mendedahkan pelajar  kepentingan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

9.
Ceramah “Bahaya Merokok”
Menghindarkan tabiat merokok di kalangan
pelajar sekolah.

10.
Perjumpaan  dengan Waris Murid.
Berkongsi pendapat dengan ibu bapa tentang
anak-anak mereka.(15/06/2013)

11.
Ceramah “Keselamatan Diri.”
Mendedahkan cara menjaga keselamatan diri di sekolah, rumah dan jalanraya.

No comments:

Post a Comment