PIAGAM MESRA PELANGGAN SJK(C)
HAN CHIANG
Kami warga SJK(C) Han Chiang dengan penuh tekun dan
iltizam berikrar dan berjanji akan
berusaha secara kolektif, terancang dan berterusan ke arah pencapaian
kecemerlangan pendidikan sekolah dengan
menumpukan perhatian kepada matlamat Wawasan 2020 dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui:
(i)
Peningkatan prestasi akademik,
kokurikulum, pembentukan sahsiah yang seimbang
di kalangan pelajar-pelajar
(ii)
Mewujudkan perasaan kekitaan,
tanggungjawab dan penyayang di kalangan para pendidik, pelajar dan ibu bapa.
(iii)
Usaha meningkatkan taraf
profesionalime, komitmen dan sumbangan para pendidik,pelajar dan ibu bapa
(iv)
Penyediaan prasarana dan perkhidmatan
sokongan yang cekap, kemas, teratur, mesra dan serta merta bagi menjayakan
Perkhidmatan Pendidikan.
Kami juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :-
Murid :
n Memastikan semua murid menerima pengajaran dan
pembelajaran mengikut masa yang
diperuntukkan.
n Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
n Memastikan murid yang kurang mampu akan dapat
bantuan kebajikan untuk melanjutkan pelajaran mereka.
n Mencungkil
kebolehannya mengikut potensinya
Staf:
n Memaksimumkan
perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang.
n Latihan
dalaman dalam bidang masing-masing
sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
n Semangat
berpasukan disemai dan tindakan segera dalam
penyelesaian masalah.
n Permuafakatan antara staf dipereratkan melalui aktiviti
Kelab Kebajikan Guru 。
Waris:
n Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah
akan dilayan secara adil dan mesra.
n Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan
diberi tidak lebih dari 7 hari bekerja.
n Mengamalkan
rundingcara yang tenang dan damai .
n Menggalakkan semangat bekerjasama antara ibu bapa
dengan guru .